Friday, April 26, 2013

Maternity Dress VS Maxi Dress

Baby x nak Kuar lg la kawan2~ sob..sob sedih nyer. Anak mama yg baik kuar la. Sementara tunggu dia kuar nie meh la tengok my maternity dress.

Yang nie masa 7 bulan.. baju x muat, terpaksa beli dress. kekononnyer nk beli baju yg leh pakai lepas ngandung. Yang belah kanan tue sy, yg kiri tue impian sy lepas bersalin. Arap2 la jd saiz S balik. Risau. Kain ni sy suke coz x yah iron:) smile

Yang nie pun masa 7 bulan gak. suke baju nie. kain dia sejuk. sy sgt kuat berpeluh masa ngandung nie. so pakai kain jenis nie x de la rase panas sgt.

Yang nie da sarat. da 9 bulan da kite. Perut cute pun da nampak sgt2. Baju nie kena iron. Malas betul tp kain dia pun selesa gak. Yg nie cotton silk rasenya.

Nampak x persamaan baju nie ngn yg purple atas. Hehe.. corak sama ler, wrna je lain. sebab best sgt smpai 2 sy rembat.  Time nie 9 bulan. da start mengah. tue yg duk atas kerusi tue.

Yang nie pun time 9 bulan gak. da 38 minggu nie. Konon2 nk 2 in 1 la. lepas bersalin nk pakai belt dia tue. so, x de la mcm ngandung. arap2 impian jd kenyataan. Yang nie pun cotton silk. kena iron. senang je iron dia tp i kn mlas lau ble nk sema yg x yg iron. hoho~:)

Cukup2 ler dress sy de 6, yg nie last. ble la pakai seminggu. Nampak x perbezaan 2 pic nie. yg kanan tue riben dia leh ikat sampai depan tp sy non mampu. perut besar. wat riben kt belakang je. Xpe2, lepas bersalin nekad nak smpai depan~ AMIIN, tercapai la cita1 ku hendaknyer.

Dress nie sema beli on9, i kn kaki on9 
Berminat cer klik kt SINI
Serius dia nyer layanan mmg tip top. Cepat je dpt baju.


Tuesday, April 23, 2013

BERPANTANG ~ TRADISIONAL vs MODEN

adoi.. baru cuti dua hari tapi rasa macam bosan lak. Baby cepatlah kuar, sian mama ngn dady nie. PLEASE, kuar cepat2, mlm nie pun  xpe. Sementara tunggu Babby nak kuar sy nk review skit sal pantang nie. Tuk diri n bloggers kat luar.
Insyaallah sy pantang kat umah mak tp bila pantang kat umah mak macam pantang sendiri la coz mak n ayah keja. jadi kena pandai2 lah nanti. Nasib hubby akan dapat cuti seminggu. Ade gak org teman. Tue pun kira bersyukur.

TRADISIONAL vs MODEN

1) MENGURUT
insyaallah  akan amalkan yg nie. Best woooooo kena urut ni. Masa mengandung nie  ade la urut 2 kali ngn mak bidan. perghh.. heaven. x sabar nk kena urut :)

2) BERTUNGKU
petua yang ak dapat. bertungku nie x leh kurang dari 45 minit waktu pagi ngn petang. Untuk tungku ni, ak beli tungku letrik selain tungku ngn mak bidan. Mak ayah saya keja awak, lau guna yg batu sungai tue sape yg  nak tolong kite nanti. Ade yg kate tungku sungai lagi best tapi x pe lah dari x tungku lngsung kan. 

harga : RM 25 ( Bagi yang biasa) or RM 30 bagi yang de batu, yang de batu lama skit panas nyer tp sy guna yng biasa. Mak bagi, jimat duit kita.

3) BERTANGAS
tak dapat gambaran lagi yang nie camner. Tapi mak kate nanti ble bertangas guna kerusi tandas. Saya beli coz kat umah Mak x de tandas duduk. punyala hazab tuk ibu mengandung lau da akhir2 nie nk bercangkung.  Jadi sy decided beli nie n leh lak guna tuk bertangas. Kira ok la kan. 2in1
nie lah kerusi tandas yang saya beli. alhamdullilah, masa pantang nanti nak guna untuk bertangas n tuuuut.. x de la fobia kn nk mencangkung. Harga RM 60. lau nk mtk sy beli pm sy kt fb NEWSHOPBOUTIQUE. insyaallah sy tolong. Tapi lau nak beli sendiri leh cari kat farmasi.

4) BERBENGKUNG
Bengkung pun saya x tinggal tapi saya x guna yang tali-tali yang tradisional tu. Sapa nk tolong sy pakai lau guna yang tue. saya guna yg moden. Kelebihan yang moden nie dia leh guna untuk czer or bersalin normal tapi arap sangat bersalin normal.
Bengkung moden 4 panel. Harga dia RM 200++. sy beli on9 je yang nie n kebanyakkan brg sy beli on9 coz sy x larat nk kuar jln2 cari brg. sy lg suke lepak kt umah.

5) MANDIAN REMPAH RATUS
Saya beli mandian yang dalam uncang lebih kurang cenggini la. Senang nanti, mak saya ble tolong rebuskan air pagi tue sebelum dia p keja. x sabar nak mandi herba, saya sangat2 suka bau herba2 nie.

Cara penggunaan dia pun senang:

• Rebus satu uncang herba mandian aura bersama 3 gayung air sehingga mendidih dan berbau wangi.
• Campurkan air herba mandian bersama air biasa sewaktu mandi.
• Keringkan uncang yang telah di gunakan di tempat panas atau kering untuk kegunaan selanjutnya.


6) PARAM & PILIS
 Yang nie saya tak guna tapi saya gantikan dengan ubat-ubatan moden. sy upload gambar la senang citer. Biar gambar bercerita.

Set Shaklee ( Set Bersalin + Set Kurus)
Set Bersalin, saya amik yang trial je tuk 40 hari (terdiri dari 4 jenis yang kt atas tue pastu tambah ngn ostometrix tuk elak sembelit)
Set Kurus lak saya amik Letchin ngn Alfafa. Tuk sema set nie sy abis dalm 200++ pun sy beli on9. Banyak tue ubat nk makan. semenya 7 jenis. Nanti sy upload kan jadual makan dia. x larat da nak taip.

Gel Sireh ( tuk pakai ngn bengkung)
tuk pakai ngn bengkung nanti. pun sy beli on9. Senang citer sy memang kaki ON9.

KESIMPULANNYA: Saya tetap tak tinggalkan yang

tradisional tetapi saya modenkan sikit yang tradisional tuk kesenangan diri & mereka yang saya sayangi. SAYANGILAH DIRI ANDA:)

Untuk beberapa petua lagi layari WEB NI




Sunday, April 21, 2013

CARA SOLAT BAGI WANITA MENGANDUNG

Dah x larat nak solat berdiri, kadang-kadang sampai x fokus sebab  bahagian punggung sakit masa nak bangun. Lutut pun sakit. rasa tak best plak bila solat dalam keadaan camtu. so nie salah satu caranya. saya kongsikan dengan kawan-kawan. SUMBER dari SINI

DRESS FROM NEWSHOPBOUTIQUE



Tuesday, April 16, 2013

PETUA UNTUK AWET MUDA


Pilihan 1:
Hendaklah dilakukan selepas solat Isyak
a. Ambil air segelas 
b. Baca al-Fatihah 1 kali 
c. Baca Ayatul Qursi 1 kalii
d. Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 
(Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.)

Pilihan 2:
Zikir dibaca untuk anda sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir seperti berikut :

a. Baca ” Ya Badiyah ” 1 kali 
b. Baca ” Ya Nur ” 1 kali 
c. Baca ” Ya Hadi ” 1 kali 
d. Baca ” Ya Allah ” 3 kali 
(Baca zikir dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka anda. Amalkan setiap hari.)

Pilihan 3:
Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut:

a. Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah selepas solat subuh. 
b. Selepas baca, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

InsyaAllah...
DRESS FROM NEWSHOPBOUTIQUE

Sunday, April 14, 2013

Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin..?


SUMBER DI SINI

Tips berikut boleh anda amalkan sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin.

1.  Disiplin pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

Maksud disiplin disini ialah memakai bengkung siang dan malam, 24 jam sehari. Sebenarnya ini adalah rahsia mengapa ibu-ibu Melayu ramai yang berjaya turunkan berat badan dan kempiskan perut mereka sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Memakai bengkung tidak terhad kepada mereka yang bersalin normal sahaja tetapi juga kepada ibu-ibu yang bersalin pembedahan.

2. Disiplin berpantang

Berpantang adalah meletakkan had kepada jenis makanan yang diambil sewaktu dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Makanan yang mesti dielakkan adalah makanan dan masakan yang pedas termasuk yang mengandungi cili, makanan dan sayuran berangin seperti kangkung, kacang panjang dan juga minuman berais dan bergas.

3.  Disiplin bertungku

Bertungku memainkan peranan dalam membantu memanaskan badan terutama di bahagian pinggul, kaki, dan di bahagian pelipat seperti belakang lutut. Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah selepas mandi diwaktu pagi dan juga di malam hari. Tapi lebih kerap anda bertungku adalah lebih baik. Tidak dinafikan cuaca di negara kita adakalanya mengalami panas yang melampau. Tapi ini tidak bererti anda boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak bertungku. Malahan bertungku dapat membantu mengeluarkan peluh dan ini secara langsung membuang toksid dari badan anda. Kan senang tu, tak payah fikir nak jogging lagi…

4. Disiplin ambil set bersalin

Sebaiknya ikut betul-betul aturan pengambilan set bersalin. Bersalin cesarean juga sebenarnya bukan alasan untuk tidak makan set bersalin dan herba sewaktu dalam tempoh berpantang. Malahan pengambilan set bersalin amat membantu anda untuk kembali langsing & kurus dengan lebih cepat.

Harap tips di atas membantu anda.

Selamat menjalani tempoh berpantang

DOA AGAR SUAMI ISTERI SALING MENYAYANGI


اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam.


Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”.


Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.


Sekadar renungan:


"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..."

DRESS FROM NEWSHOPBOUTIQUE

Friday, April 12, 2013

RESEPI KETIKA PANTANG ~AYAM


Ayam yang boleh dimakan semasa pantang ialah:
- ayam hitam
- ayam didik
- ayam selasih
- ayam kampung

Ayam biasa tidak digalakkan untuk mengelakkan gatal.


AYAM HALIA KUKUS

Bahannya:
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Caranya:
1. Sediakan periuk kukus, masak air dahulu.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
3. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
4. Bubuh minyak bijan dan gaul rata.
5. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak.
6. Elok dimakan ketika panas.


AYAM MASAK KERING

Bahannya:
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
2. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka).
3. Hidangkan ketika masih panas.


SUP AYAM

Bahannya:
½ kg ayam di buang kulit
3 Ulas bawang merah di hiris
4 Ulas bawang putih di hiris
1 inci halia di pecah-pecahkan atau di hiris
Kulit kayu manis
½ sudu teh lada hitam
Buah pelaga
Bunga lawang
Daun sup di hiris
Daun bawang di hiris
Sedikit garam

Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan dan di masak sehingga mendidih
2. Campurkan daun sop dan daun bawang untuk penambah selera.


SUP AYAM

Bahan A
1 kg ayam – dicuci dan ditoskan
1 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua

Bahan A - Di Tumis
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan B - Di tumbuk
2 sm halia
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning.
2. Masukkan kesemua bahan A dan kacau.
3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan bunjut sup.
5. Kacau dan masukkan air, kentang dan garam.
6. Masukkan ayam yang telah dibersihkan
7. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga ayam empuk.
8. Tambah air jika perlu.
9. Kemudian masukkan separuh bawang goreng.
10. Akhir sekali masukkan sedikit hirisan saun sup.
11. Ketika menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


SUP AYAM BETIK MUDA

Bahan A
500 gm ayam – di potong kecil
200 gm betik muda – di hiris
1 biji tomato – di belah 4
2 sudu besar jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa.

Bahan B
800 ml air
20 gm lengkuas – di hiris halus
20 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang besar – di hiris halus
6 ulas bawang putih – di hiris halus
2 biji cili padi – di ketuk
1 helai daun limau purut.

Caranya:
1. Masukkan semua bahan B dan rebus hingga mendidih.
2. Masukkan ayam, jus limau, daun selasih, betik dan garam.
3. Masak hingga daging empuk.
4. Masukkan tomato.
5. Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.


ISI AYAM GORENG HALIA DAN BIJAN

Bahannya:
isi ayam
halia - dihiris
bijan - disangai / digoreng tanpa minyak

Caranya:
1. Tumiskan halia yg dihiris dengan sedikit minyak dan masukkan isi ayam.
2. Setelah isi ayam dah masak, masukkan pula garam & akhir sekali bijan yg telah disangai.


AYAM MASAK BIJAN

Bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Caranya:
1. Panaskan minyak bijan.
2. Tumiskan halia sehingga berbau harum.
3. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata.
4. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil.
5. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering.
6. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata.
7. Bila ayam masak tutupkan api.
8. Tambah garam jika perlu.


AYAM KUKUS CUKA

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Caranya:
1. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam.
2. Perap ayam selama ½ jam.
3. Kemudian kukus hingga masak.
4. Tuangkan cuka.
5. Tabur ke semua bahan B ke atas ayam.
6. Kukus sekejap lagi.
7. Boleh dihidangkan.


AYAM MASAK HALIA

Bahannya:
Halia Muda – Di hiris
Sos Tiram
Lada Hitam – Di tumbuk kasar
Daun Bawang

Caranya:
1. Tumis Halia hingga kuning
2. Masukkan Ayam
3. Masukkan sedikit Air
4. Biar hingga ayam masak
5. Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk kasar
6. Masukkan sos Tiram
7. Masukkan sedikit air
8. Masukkan daun bawang


AYAM GORENG LADA HITAM (Marinated)

Bahannya:
Ayam
1 biji bawang besar – di hiris bulat

Bahan Perap
Lada hitam secukup rasa
Halia – di kisar
Bawang besar- di kisar
Bawang putih – di kisar
Sos Cili/Cili mesin – di kisar
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:
1. Perapkan ayam bersama halia, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
2. Panaskan minyak, masukkan ayam bersama bahan perap
3. Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan ayam masak
4. Setelah masak, boleh ditambah dengan garam dan serbuk
5. Perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


AYAM LADA HITAM MADU

Bahannya
1 ekor ayam, potong-potong
5 ulas bawang putih, cincang kasar
1 biji bawang merah, potong setengah lingkaran
1 buah cili merah, potong panjang
6 sendok makan madu
3 sendok makan sos tiram
1 sendok makan kicap manis
¼ sendok the garam
2 sendok the lada hitam, tumbuk kasar
350 cc air
1 batang daun bawang, potong dadu
Minyak goreng secukupnya


Caranya:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
2. Masukkan cili merah, gaul rata.
3. Masukkan ayam, madu, sos tiram, kicap manis, garam, lada hitam. Gaul rata.
4. Tuang air, masak hingga kuah pekat
5. Masukkan daun bawang, gaul rata dan angkat
6. Hidangkan


AYAM GORENG KUNYIT

Bahannya
Ayam
1 biji bawang besar – di hiris bulat
½ biji cili merah – di potong serong
½ biji cili hijau – di potong serong
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.
Minyak masak

Caranya:
1. Perap ayam dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3. Rebus ayam hingga empuk.
4. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.
5. Kacau sekata.


AYAM PANGGANG

Bahannya
1 ekor ayam kampung (dipotong empat)
Sejambak daun salad
2 biji lemon
2 biji cili merah
2 biji limau purut
1 jambak batang serai
1 cawan minyak masak

Caranya:
1. Bersihkan ayam terlebih dahulu.
2. Bakarkan dengan menggunakan kayu arang, selama kira-kira 20 minit.
3. Renjiskan minyak menggunakan serai sewaktu sedang membakar ayam.
4. Balik-balikkan, sebelum boleh dihidang di atas pinggan bersama daun salad, lemon, cili merah.
5. Perahkan limau nipis ke atas ayam panggang untuk menambahkan keenakan rasanya.


AYAM PANGGANG SELERA PANTANG

Bahannya
223 gm ayam
1 batang serai - ditumbuk
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
½ sudu kecil jintan putih - ditumbuk
1 cm lengkuas - ditumbuk
1 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit garam
1 keping asam gelugur
½ cawan air

Caranya:
1. Bersihkan ayam,
2. Lumur dengan garam dan sedikit campuran bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi.
3. Panggang hingga masak menggunakan ketuhar atau dapur arang.
4. Apabila masak, ketuk-ketuk sedikit menggunakan bahagian leper pisau agar isinya pecah-pecah sedikit


Bahan kuah masuk hingga ke dalam isi.
1. Panaskan sedikit minyak, tumis campuran bawang tumbuk hingga wangi masuklah pula campuran jintan tumbuk kacau hingga garing.
2. Tuangkan air dan masukkan asam gelugur serta garam.
3. Didihkan hingga kuah separuh kering,
4. Masukkan ayam dan balik-balikkan sebentar hingga ayam berpalut dengan bahan tumis tadi.
5. Hidangkan dengan nasi panas.



AYAM PANGGANG PEDAS MADU

Bahannya

BAHAN A
1/2 biji bawah besar
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili api (sesedap rasa)
1 cm halia

BAHAN B
4 sudu besar madu lebah (tambah lebih jika mahu lebih manis)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
1/2 ekor ayam


Caranya:
1. Kisar bahan A sehingga hancur
2. Kemudian perap ayam dengan bahan A yg telah dikisar serta madu, kicap dan sos tiram.
3. Jika ada banyak masa peraplah ayam dengan lebih lama.
4. Panggang selama 45 minit dengan suhu 400 F.

Tambahan:
Kuantiti Bahan A dan bahan B boleh diubahsuai mengikut selera.


KERABU AYAM PANGGANG 

Bahannya
250 gm ayam (bahagian dada)
2 sudu besar minyak zaitun
30 gm lobak merah (diparut panjang)
50 gm tauge (dicelur)
Lada hitam
Garam

Bahan untuk sos:
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Gula pasir

Bahan dimayang:
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
4 biji cili merah
30 gm daun salad
10 gm daun ketumbar


Caranya:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit.
2. Kemudian bakar hingga masak.
3. Campurkan serai, bunga kantan, cili merah, daun salad, lobak merah, taugeh dan daun ketumbar.
4. Gaul bahan ini ke dalam bahan sos.
5. Sesuaikan rasa dan hidangkan bersama ayam.


AYAM BAKAR ENAK

Bahannya
3 camca besar minyak masak
Sedikit garam
1 ekor ayam
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:
8 biji cili merah
2 batang serai
1 cm kunyit
8 biji bawang merah

Disangrai dan ditumbuk:
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada hitam
4 biji buah keras (pilihan)


Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat.
3. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam.
4. Letak ayam di dalam bekas tahan panas.
5. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam.
6. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak.
7. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.


MAXI DRESS FROM NEWSHOPBOUTIQUE

RESEPI SEMASA PANTANG ~ IKAN


Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.
SUMBER : NEWSHOPBOUTIQUE