Sunday, April 14, 2013

Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin..?


SUMBER DI SINI

Tips berikut boleh anda amalkan sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin.

1.  Disiplin pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

Maksud disiplin disini ialah memakai bengkung siang dan malam, 24 jam sehari. Sebenarnya ini adalah rahsia mengapa ibu-ibu Melayu ramai yang berjaya turunkan berat badan dan kempiskan perut mereka sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Memakai bengkung tidak terhad kepada mereka yang bersalin normal sahaja tetapi juga kepada ibu-ibu yang bersalin pembedahan.

2. Disiplin berpantang

Berpantang adalah meletakkan had kepada jenis makanan yang diambil sewaktu dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Makanan yang mesti dielakkan adalah makanan dan masakan yang pedas termasuk yang mengandungi cili, makanan dan sayuran berangin seperti kangkung, kacang panjang dan juga minuman berais dan bergas.

3.  Disiplin bertungku

Bertungku memainkan peranan dalam membantu memanaskan badan terutama di bahagian pinggul, kaki, dan di bahagian pelipat seperti belakang lutut. Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah selepas mandi diwaktu pagi dan juga di malam hari. Tapi lebih kerap anda bertungku adalah lebih baik. Tidak dinafikan cuaca di negara kita adakalanya mengalami panas yang melampau. Tapi ini tidak bererti anda boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak bertungku. Malahan bertungku dapat membantu mengeluarkan peluh dan ini secara langsung membuang toksid dari badan anda. Kan senang tu, tak payah fikir nak jogging lagi…

4. Disiplin ambil set bersalin

Sebaiknya ikut betul-betul aturan pengambilan set bersalin. Bersalin cesarean juga sebenarnya bukan alasan untuk tidak makan set bersalin dan herba sewaktu dalam tempoh berpantang. Malahan pengambilan set bersalin amat membantu anda untuk kembali langsing & kurus dengan lebih cepat.

Harap tips di atas membantu anda.

Selamat menjalani tempoh berpantang

No comments:

Post a Comment